Something to Talk About...
SitiHajarFarahin



Contengan Saya Family Sahabat Love SocialNetworks

Assalamualaikum

Feel free to read my contengan tau.its not that interesting story.its just about my life. suka duka. and kadang2 maybe ada terselit lagu or fact yang best. hargai sangat sapa2 yang sudi baca :)

nampak kotak2 kat atas tu? tu sume column untuk orang2 yang penting dalam hidup saya :)

Oh! and 1more thing. column 'sejarah lalu' yang kat bawah ni cant work properly. so if you wish to read my previous post, pegi kat bawah skali bahagian kiri ni. bawah column 'thanks' tu. ada older post. klik situ tau. tQ :)





Follow | Dashboard


Nuffnang !


WISH WISH WISH !

KURUS !
ABESKAN DEGREE !
KOREA !
PSM !
SAHABAT SEJATI !
100 FOLLOWERS !
ABES PRAKTIKAL !
MY OWN SONY PSP !
MY OWN DSLR !
PANDAI MAEN GITAR !

Conteng Sini !


Sejarah Lalu !


Credits.


Template by : Nurain Syuhada
Basecodes by : Ainabillah
Background by : Amalina
Cursor by : History
Edited by : SitiHajarFarahin

HOW'S KOREA ? part 1 :)

>> assalamualaikum :) dah seminggu balik baru dapat update . well, sibuk sikit dengan komitmen sebagai mahasiswa *tangan di dada, mata ke atas ! -__-" the most crazy week i think . 

>> so . nak cerita pasal trip ke korea hari tu . sangat sangat dan sangat best . walaupun pergerakan n everything semua ikut jadual . tapi sikit pun tak rasa terbeban or kesuntukan masa . rasa macam p jalan jalan . bukan ikut program . i love the way its flow . relax je .

>> kat sana, kami dapatkan perkhidmatan pelajar-pelajar Malaysia di Korea under UMNO untuk guide perjalanan kami . so kalau nak kemana mana memang dorang yang bawak la . daripada Day 1 sampai Day 9 memang dengan dorang . dorang pun okay . sangat friendly . secara tak langsung dapat kenalan baru la kan . :)

>> apa yang aku kagum pasal orang orang korea is dorang sangat berdisiplin . Besides, dorang hormat n utamakan orang yang lebih tua dan kurang upaya . kita kat sini pun memang hormat . tapi bagi aku level kita belum sampai cam dorang . contohnya macam dalam subway *LRT kat sini . ada seat khas untuk orang tua n kurang upaya *wanita mengandung, kecacatan fizikal ,ect . yeah aku tau dalam LRT kita pun ada . tapi, kalau korang naek LRT, then korang tengok seat khas tu kosong . takde orang duduk nieh ! mesti la korang nak g duduk situ kan ? tak yah tipu la . da kosong kan . duduk r . aku pun buat camtu . tapi dorang tak ! even though dalam subway tu orang pack gile . dorang tak kan duduk kat seat tu . serius ! seat tu hanya akan terisi kalau ada orang orang yang sepatutnya tu . harabeoji halmeoni  *datuk nenek , ajoeshi ajoema *pakcik makcik tu pun dah tau nak cari seat dorang kat mane . tak yah susah susah berdiri . setiap gerabak memang ada seat tu . kalau kita yang pergi sana tetiba duduk kat situ mesti dah kena renungan tajam punya . last last termalu sendiri .

>> n kenapa aku cakap dorang berdisiplin ? sebabnya dorang sangat mengikut peraturan . contoh dalam subway jugak . dorang senyap sepanjang perjalanan . kalau borak pun volume suara tu slow je . naek subway da macam masuk library . yang bising adalah ktorang budak2 "foreigner" ni . -__-" kalau berjalan . dorang always keep right. so sape yang nak jalan laju laju tu bley jalan sebelah kiri n tak kan ada road block disebabkan orang laen yang berjalan ala2 bersiar siar ditepian pantai . haa ! and aku rase dorang memang takda yang berjalan ala ala bersiar siar camtu kot . speed dorang sangat laju . tak tau depa nak pi mana sebenaqnya !

>> kalo bab penggunaan teknologi memang tak yah cerita la kan . memang power . kebanyakan usung ipad sana sini . handphone dorang iphone4, samsung galaxy S dan keatas . takde sorang pun yang aku nampak guna nokia sony or even blackberry pun . harabeoji halmeoni gantung DSLR kat leher . ada lift untuk kereta . everywhare got wifi . dalam bas n subway pun ada wifi . and macam macam lagi yang tak dapat aku nyatakan kat sini sebab terlalu kagum !


                                                                                   sambung kekaguman di next entry :)


geng senget di lantern festival :)



SEOUL ! TUNGGU AKU....... :)

>> salam . yeay ! this is the day . tengah hari ni , aku and kawan-kawan program KASTURI suma akan memulakan perjalanan ke destinasi kami iaitu SEOUL, KOREA !

>> akhirnya dapat jugak aku pegi kan . sebelum ni risau je . takut tak dapat nak join sebab tak cukup duit . syukur sangat sebab ada yang sudi menolong . sangat terhutang budi :)

>> aku memang kena buat list untuk beli cenderamata . sebab ramai sangat yang tolong aku . tapi masalahnya aku tak pulak bawak banyak duet belanja . so nanti kalau aku kasi benda yang simple-simple jangan la marah k . faham keadaan aku kan . hehe

>> nampaknya aku n kawan-kawan tak beraya kat umah la . time raya ktorg p berjalan . takut-takut , orang kat sini beraya makan ketupat rendang , ktorang makan megi je . huhu

>> k la . nak p check barang kot-kot ada yang tinggal . nanti update lagi ye . tata :)

tak sabaq nak p NAMMI ISLAND ! :)


PUTUS TAK MESTI BERAKHIR !

>> salam . ade sesape yang pernah clash bercinta tak ? mesti la ramai yang pernah rasa kan . aku pun pernah . rasa sakit tu memang tak dapat nak cerita . sakit sangat-sangat ! tapi kalo kat depan orang aku wat relax je . still gelak-gelak macam biasa . merapu . kuar shopping . amek-amek gambar . tapi .. dalam hati still sakit . dalam fikiran still muka dia gak yang melayang-layang . still teringat-ingat dia . still dengar-dengar suara dia . suma orang yang pernah alami mesti akan rasa macam tu . tak yah tipu la . 

eh kejap !

*apa motif aku tetiba bukak cita ni ? sepatutnya aku cita pasal trip nak p korea jumaat ni !
alasan aku : saja nak kongsi rasa ngan blog buruk di awal pagi ni . tak salah kot . kan ?

okay sambung !

>> aku amek masa yang agak lama untuk recover balik . hampir setahun gak kalau tak silap . dalam masa setahun tu ada yang datang . tapi tak tau la nak cakap . aku tak boley terima . kalau terima pun tak sepenuh hati . last-last yang datang tu pergi camtu ja . and aku . still ada dalam bayangan dia . *walaupun penah gak aku conteng kat sini 2 3 kali pasal nak lupakan dia la suma bagai sampai ada gak time dia naek angin ngan entry-entry aku kat sini. kenapa aku jadi macam tu ? tah ! tak da jawapan untuk soalan tu . mungkin aku terlalu sayang kat dia . sebab tu la aku jadi macam tu .

>> bagi aku . orang sekeliling sangat memainkan peranan penting . contohnya family , kawan-kawan . kalau macam aku . memang kawan-kawan la yang jadi penguat semangat . hari-hari dorang mengadap aku yang tak tentu arah . dorang yang ceriakan hari-hari aku . sampai la aku dah okay sepenuhnya . kawan-kawan aku memang terbaek ! aku tak cakap family tak bagi support . mak n adik aku memang selalu tanya keadaan aku . mungkin disebabkan aku jauh dari family membuatkan aku rasa kawan-kawan bagi aku support 120% masa aku tengah down ! 

>> the most most n most important thing masa tengah down ialah banyak-banyak ingat Allah . serius ! bukan aku nak bajet alim ke apa . aku pun bukan baek sangat . tapi aku percaya . suma yang jadi mesti ada hikmah . ujian . dan aku percaya Allah turunkan ujian kat hamba-hambaNya sebagai tanda kasih sayang . Allah akan bagi hamba-hambaNya ganjaran jika hambaNya tu bersabar . dan Allah juga tak kan turunkan ujian yang hambaNya tak mampu nak tanggung . so berputus asa n meratap atas sesuatu yang berlaku adalah sangat tak wajar ! life must go on ! am i right ? correct me if im wrong :)

>> and now everything back to normal ! i'm fully recovered . and percaya tak yang aku n dia dah jadi kawan baek ?! yeah .. aku tak tipu . benda betol . walaupun baru ja sebulan dua contact-contact balik . kawan-kawan ada gak yang macam nak marah tak marah . tapi aku tau dorang faham aku . :) aku pun dah tak fikir sangat pasal benda yang dah lepas tu . maybe benda tu boley dijadikan pengajaran for both of us . sebab masing-masing pun ada salah . we learn from our mistakes la kan . so we dont have to ulang kesalahan yang sama dengan future pasangan masing-masing . *hope soo

>> for you ; yang dah termasuk dalam list kawan baek saya ; welcome back ! and i hope we'll be more comfortable with our new relationship which is : kawan baek ! okay ? :) 


p/s : suka kawan ngan awak !