Something to Talk About...
SitiHajarFarahin



Contengan Saya Family Sahabat Love SocialNetworks

Assalamualaikum

Feel free to read my contengan tau.its not that interesting story.its just about my life. suka duka. and kadang2 maybe ada terselit lagu or fact yang best. hargai sangat sapa2 yang sudi baca :)

nampak kotak2 kat atas tu? tu sume column untuk orang2 yang penting dalam hidup saya :)

Oh! and 1more thing. column 'sejarah lalu' yang kat bawah ni cant work properly. so if you wish to read my previous post, pegi kat bawah skali bahagian kiri ni. bawah column 'thanks' tu. ada older post. klik situ tau. tQ :)





Follow | Dashboard


Nuffnang !


WISH WISH WISH !

KURUS !
ABESKAN DEGREE !
KOREA !
PSM !
SAHABAT SEJATI !
100 FOLLOWERS !
ABES PRAKTIKAL !
MY OWN SONY PSP !
MY OWN DSLR !
PANDAI MAEN GITAR !

Conteng Sini !


Sejarah Lalu !


Credits.


Template by : Nurain Syuhada
Basecodes by : Ainabillah
Background by : Amalina
Cursor by : History
Edited by : SitiHajarFarahin

PELUANG POTONGAN CUKAI PENDAPATAN !

>> salam . ada sesape berminat nak dapatkan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10% tak ? kalau sape2 yang nak . boley bagi sumbangan wang tunai untuk program DELIGASI KEILMUAN SAINS & TEKNOLOGI SEOUL, KOREA . (KASTURI) *aku boley bagi proposal kalau nak tengok
 
>> program ni under FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . *ada surat kelulusan dari Naib Censelor UTM
 
>> aku boleh dikatakan terpilih untuk join program ni dan perlu mencari penajaan lebey kurang dalam RM 1 500 untuk menampung perbelanjaan sepanjang seminggu berada di SEOUL . dan kami akan bertolak pada 4 November ni . 2 minggu lagi okay ! so aku perlu dapatkan penajaan before 29 Oktober ni .
>> masalah yang aku hadapi sekarang ialah bila semua company yang aku approach takde peruntukan untuk bagi penajaan ! ape nak buat ni ? lagi dua minggu nak pegi dah . bukan aku tak usahakan . tapi takda rezeki .

>> memandangkan sekarang dah kesuntukan masa . aku nak fokus kepada cari penajaan secara individu . kalo sorg dapat bagi dalam RM 100 pun jadi la . aku kasi pengecualian cukai pendapatan 10% kat orang tu . ni serius ni . ade surat rasmi dari UTM berkenaan pengecualian cukai ni . kalau ada sesape yang berminat boley mintak surat ni kat aku sebagai proof okay . nanti aku e-mail kan surat tu . and nama orang yang bagi sumbangan akan dimasukkan dalam list individu yang layak dapat pelepasan cukai dari LHDN .

>> ada tak sesapa yang baek hati sanubarinya nak tolong aku ? tolong la . tolong la . dah tak tau nak wat camne dah sampai terpaksa conteng kat blog ngan fb pasal benda ni . salah satu ikhtiar jugak ni kan . harapnya tak sia-sia . aminn . nak mintak kat mak abah pun faham2 la . bukannya family senang . kalo tak . takde aku nak conteng2 camni . tebal muka ni . -__-"
>> dengan ikhtiar ni . harap2 Allah buka pintu rezeki untuk aku . Mudah mudahan ...

p/s : dah amek gambar macam cikgu besar bagai ni then boh kat banner program , tak kan tak p plak kan . takpe2 . berjuang hingga titisan peluh dan air mata yang terakhir !
 

MATA PALSU !

salam . title mengerikan . tapi takde benda pun sebenarnya .
aku telah terpengaruh dengan ajakan kawan2 untuk beli contct lens !
pernah ke before ni aku gedik nak pakai bendalah ni ? tak de pun kan . mata aku yang ori pun  okay ape . walaupun adik aku kata mata aku juling !  -__-"

ni suma sebab gedik p try cik rusy punya mata palsu tu la . dia beli online . tengok dia pakai cam cantik ja . then aku cik intan n cik rosninda pun apa lagi . try la . aku tak reti pakai okay ! gila ah . macam nak terkuar bijik mata aku ni rase . first time la kate kan . dah try suma . rasa cam okay . so terbeli la .
aku cik intan cik rosninda n plus kak dahlia tanpa banyak soal trus beli !
warna pe ? violet ! okay . muka hitam ada hati nak pakai color violet ! mesti macam alien .

dan . aku dah dapat mata palsu yang ditempah tu !


taaraaaaa ! power aku tak la tinggi sangat.. huhu



hah ! nampak tu keunguan dia... 



dan hasilnya ! hahaha agak memuaskan la boley kate . *sila abaikan eyebag tu

kesimpulannya : nanti boley beli lagi sebab dah reti pakai . haha 

p/s : kualiti gambar rendah sebab pakai camera phone murah je .

p/s/s : sape2 yang nak tringin nak tengok lens color bley p kat facebook page Barbie Doll Lens

p/s/s/s : enchek ngarut tak sempat tengok lens aku ni sebab dia suda tak mo kawan ngan aku ! sedey ...


BETOL KE KO NI BAPAK ?


GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.



tak tau nak cakap orang macam ni bapak jenis apa . terkejut sangat bila baca benda ni . aku tak nak la komen pasal dia mintak bini tak nak bagi tu . tapi aku cuma tak faham macam mana dia boley tergamak nak liwat baby yang kecik , baru berusia 23 hari, which is anak n darah daging dia sendiri n plus baby tu adalah lelaki ! bengong !

fine . mungkin dia marah sangat kat si bini . tapi tak kan la baby sendiri jadi mangsa cik abang oi . what are you thinking ? mengarut betol la ko ni . nak aku terajang laju2 ke ape ? gila punya orang !

p/s: ni la yang dikata bila ikut hati . tak pasal2 aku emo di pagi2 hari ni.. haish~




sumber : metro online

PERGI TAK KEMBALI ! :(

salam . terima berita yang menyedihkan . seperti biasa setiap malam aku akan merajinkan diri melepak di bilik intan n ros yang merangkap bilik makan kami . dalam tengah kusyuk merendam megi yang jadi menu makan malam ni . pintu bilik tiba-tiba diketuk dengan kuat dan dari cara ketukan sudah teserlah si pengetuk berada dalam keadaan panik . bukak je pintu nampak kechik . kechik cakap :


"tolong weh ! kak dahlia nanges . mak dia meninggal ."
aku pun masa tu dah terkedu n tak dapat pikir pape . terus masuk bilik depan n peluk kak dahlia . aku sedih sangat ! bila tengok kak dahlia nanges aku rasa hati aku berdenyut-denyut . sakit ! kalau aku , yang sekadar melihat ni dah terasa nak pecah dada . kak dahlia mesti lagi teruk . masa tu aku n kawan2 laen hanya duduk n tengok kak dahlia kemas baju-baju dia n siap-siap nak balik . tak tau nak cakap apa . hilang kata-kata . aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada di tempat kak dahlia . macam mana aku nak hadapi semua ni ? Ya Allah . aku tak dapat bayangkan keadaan tu .
to kak dahlia n keluarga . takziah . semoga tabah menghadapi kehilangan ni . janji Allah sememangnya pasti . tak dapat dihalang mahupun ditangguh . semoga roh mak akak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman . AL_FATIHAH